Sewing Pants with Slit Hem

This tutorial is written in English and Bahasa Melayu. Please refer to the italicized text for English and regular text for Bahasa Melayu.
Tutorial ini ditulis dalam dwibahasa. Lihat teks italic bagi tutorial dalam Bahasa Inggeris, dan teks biasa bagi tutorial dalam Bahasa Melayu.

The pattern used for this tutorial is Zinnia Pants, Flare cut. You can check the pattern here.

Pola yang digunakan untuk tutorial ini adalah Zinnia Pants Potongan Flare. Anda boleh beli pola di sini.

 

Draw Slit to the Pattern

Draw the line for slit at the side seam as shown. I made 1.5 inches slit. You can adjust the length based on your preference. Then repeat the steps with the back pants.

Lukis garisan untuk belahan sisi di sisi seluar seperti yang ditunjukkan. Untuk seluar ni, saya buat belahan 1.5 inci. Anda boleh panjangkan belahan mengikut citarasa. Kemudian ulang langkah sama untuk seluar belakang.

Sewing the Slit

1. Sew the front and back pockets as shown in the tutorial (refer to the Zinnia Pants Sewing Instructions file). Sew the crotch together.

Jahit poket hadapan dan belakang seperti yang ditunjukkan dalam tutorial (rujuk fail Zinnia Pants Sewing Instructions). Jahit cantum cawat.

 

2. Finish the side seam raw edge with serger separately. Then align the front and back side seam right side together and sew. Stop sewing just before the slit as shown.

Jahit tepi sisi seluar hadapan dan belakang secara berasingan. Kemudian temukan sisi seluar hadapan dan belakang cantik bertemu cantik dan jahit. Berhenti jahit sebelum belahan sisi seperti yang ditunjukkan.

3. Press the seam open.

Buka basi jahitan dan seterika.

4. Fold the seam at the slit 1/2 inch to the wrong side and press.

Lipat basi jahitan pada belahan 1/2 inci ke dalam dan seterika.

5. Topstitch the fold.

Jahit tindih lipatan tadi.

6. Repeat the steps with the other side.

Ulang langkah sama untuk sisi seluar sebelah lagi.

7. Align both front and back inseam right side together. Sew and finish the seam with serger.

Temukan sisi dalam seluar hadapan dan belakang cantik bertemu cantik. Jahit cantum dan jahit tepi.


8. Fold the leg opening 1/2 inch and 1 inch to the wrong side. Press and sew the hem.

Lipat bukaan kaki 1/2 inci dan 1 inci ke dalam. Seterika dan jahit.

9. Repeat the step with the other side.

Ulang langkah sama untuk bukaan kaki sebelah lagi.

10. Sew the waistband and done!

Jahit ben pinggang dan siap!

Comments are closed.