Berikut merupakan FAQ atau soalan lazim mengenai Haurra Sewing.
Adakah saya memerlukan akaun untuk membuat pembelian di HaurraSewing.com?
Ya, anda perlu mendaftar satu akaun untuk membuat pembelian di HaurraSewing.com. Klik sini untuk daftar: My Account.
Bagaimana password yang sesuai untuk dipilih sewaktu pendaftaran?
Password yang dicadangkan haruslah mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
- Panjang sekurang-kurangnya 12 huruf
- Mempunyai huruf besar dan kecil
- Mempunyai nombor
- Mempunyai special character seperti $ % ^ & @
Anda boleh menggunakan aplikasi percuma seperti Strong Password Generator bagi menjana password yang sesuai.
Bagaimana cara untuk reset password?
Anda boleh klik sini untuk reset password: Reset Password. Kemudian masukkan emel yang telah didaftarkan sebagai akaun anda.
Apakah cara pembayaran yang diterima oleh HaurraSewing.com?
Kami hanya menerima cara pembayaran berikut sahaja buat masa ini.
- Direct/Manual Bank Transfer (TIADA caj tambahan)
- FPX Internet Banking (TIADA caj tambahan)
- PayPal
- Kad Kredit/Debit melalui PayPal
Jika anda memilih “Direct Bank Transfer” ketika membuat pembayaran, sila emelkan bukti pembayaran ke haurrasewingstudio@gmail.com dengan subjek emel “Proof of payment for Order #ID” sebaik sahaja bayaran dibuat. Pihak kami memerlukan 1-3 hari bekerja untuk membuat pengesahan. Pembelian anda hanya akan diproses setelah pengesahan dibuat.
Jika anda memilih “FPX Internet Banking” atau “PayPal” ketika membuat pembayaran ke atas pembelian produk digital, anda boleh download produk digital yang dibeli secara terus selepas proses pembayaran selesai.
Bagaimana cara download produk digital?
Jika anda telah membuat pembelian bagi produk digital, sila Login terlebih dahulu. Kemudian anda boleh klik My Account > Downloads. Semua produk digital yang telah anda beli akan tersenarai di sini.
Bagaimana cara untuk buka fail ZIP?
Sila rujuk tutorial di sini: Cara buka fail ZIP dengan 7-zip
Berapa kali download yang dibenarkan untuk produk digital?
Secara umumnya, anda hanya boleh download 5 kali sahaja untuk satu produk, kecuali jika dinyatakan sebaliknya. Jika kuota download anda telah habis, anda boleh hantarkan emel ke haurrasewingstudio@gmail.com untuk reset kuota download. Sila nyatakan “Order ID” dan nama produk dalam emel anda.
Bagaimana cara untuk melihat rekod pembelian?
Sila Login terlebih dahulu. Kemudian anda boleh klik My Account > Orders. Semua rekod pembelian yang telah dibuat akan tersenarai di sini.
Kupon Kod
Penggunaan kupon kod adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
- Hanya satu kupon dibenarkan untuk setiap pembelian
- Kupon tidak boleh digunakan untuk pembelian produk promosi kecuali jika dinyatakan sebaliknya
Anda boleh menggunakan kupon BUNDLE10 untuk mendapatkan 10% diskaun jika anda membeli sebarang produk dibawah kategori Digital Pattern dengan jumlah RM120 dalam satu pesanan.
Perlukan Bantuan?
Jika anda mengalami sebarang masalah semasa menggunakan portal HaurraSewing.com, sila emelkan permasalahan anda ke haurrasewingstudio@gmail.com untuk bantuan lanjut. Sila kemukakan segala butiran seperti emel akaun anda, order Id, nama produk, dan screenshot (jika ada) untuk memudahkan pihak kami dalam meneliti permasalahan anda.
Terima kasih.