This tutorial is written in English and Bahasa Melayu. Please refer to the italicized text for English, and regular text for Bahasa Melayu.
Tutorial ini ditulis dalam dwibahasa. Lihat teks italic bagi tutorial dalam Bahasa Inggeris, dan teks biasa bagi tutorial dalam Bahasa Melayu.
Untuk pembelian Pola Baju Melayu Kanak-Kanak, klik sini. Baju Melayu Kanak-Kanak
SIZE CHART (inches)
SEWING INSTRUCTIONS/TUTORIAL JAHITAN
1. Choose the ‘samping’ size for your sewing project.
Pilih saiz samping yang anda ingin jahit.
2. Cut the fabric based on the provided measurement (measurement in inches) above. Then, finish the sides of the fabric using serger.
Potong kain berpandukan ukuran di atas (ukuran dalam inci). Jahit tepi kedua-dua bahagian sisi kain.
3. With the wrongside together, align the sides of the fabric and sew using straight stitch (lockstitch) with 1/2inch seam allowance.
Temukan bahagian sisi kain dan jahit cantum dengan basi 1/2inci.
4. Mark one vertical line parallel to the stitch line based on the provided measurement below.
Tandakan satu garisan lurus dari jahitan sisi kain berpandukan rajah dan ukuran di bawah.
5. Sew using straight stitch (lockstitch) across the marked vertical line.
Jahit tindih pada garisan menegak yang ditanda tadi.
6. Turn the ‘samping’ right side out.
Terbalikkan samping ke arah luar.
7. Align the stitch line to the centre of the inside fold.
Samakan jahitan sisi kain tadi dengan bahagian tengah lipatan kain.
8. Sew a basting stitch on the fold area for the samping’s waist.
Jahit jahitan sementara pada bahagian lipatan pinggang samping.
9. Fold down by 1/4inch around the waist towards the wrongside of the samping. Then, fold again according to the length of the elastic used.
Press the fold in place using an iron.
Lipat keliling pinggang samping 1/4inci ke dalam. Kemudian, lipat sekali lagi keliling pinggang samping bergantung kepada saiz getah pinggang yang digunakan.
Seterika lipatan supaya kemas.
Example:
Contoh:
10. Topstitch around the waist. Leave a 2inch opening unstitched on the casing to insert the elastic.
Jahit tindih lipatan keliling pinggang tadi menggunakan mesin jahit lurus. Tinggalkan lebih kurang 2inci bukaan tidak berjahit untuk memasukkan getah.
11. Cut out the elastic according to the waist measurement of the wearer.
Potong getah mengikut ukuran pinggang pemakai.
12. Using a safety pin, insert the elastic through the 2inch opening on the casing.
Dengan menggunakan safety pin, susupkan getah ke dalam lipatan pinggang kain yang telah dijahit melalui bukaan 2in tadi.
13. Stitch both elastic ends together.
Temukan dua hujung getah dan jahit tindih.
14. Sew the opening using straight stitch (lockstitch). Then, topstitch the elastic. This is done to secure the elastic and prevent it from twisting inside the casing.
Sambung jahit ruang tidak berjahit yang digunakan untuk memasukkan getah tadi. Kemudian, jahit tindih getah supaya getah tidak berpintal dalam lipatan pinggang samping.
15. Fold the bottom of the samping 1/2inch towards the wrongside. Then, fold 1/2inch again.
Press the fold in place using an iron.
Di bahagian bawah samping, lipat keliling samping 1/2inci ke dalam. Kemudian, lipat sekali lagi 1/2inci ke dalam.
Seterika lipatan supaya kemas.
16. Hem using straight stitch (lockstitch).
Jahit tindih lipatan keliling bawah samping tadi menggunakan mesin jahit lurus.