Cara Buka Fail Zip dengan 7-Zip

Salam sejahtera kepada semua pelawat HaurraSewing.com. Untuk post kali ini, Pisyek akan tunjukkan cara-cara untuk buka fail ZIP menggunakan 7-Zip kerana hampir kesemua produk digital di kedai Haurra Sewing adalah dalam fail ZIP.

Mungkin ramai yang bertanya kenapa produk-produk digital seperti pola dan tutorial jahit diletakkan dalam fail ZIP. Ini adalah untuk memudahkan para pembeli untuk download produk digital dalam satu fail yang lebih kecil saiznya. Jadi masa untuk download pun dapat disingkatkan.

Untuk cara-cara buka fail ZIP, boleh rujuk di bawah.

Download dan Install 7zip

7-Zip merupakan satu software percuma yang membolehkan korang untuk ZIP atau UNZIP. Download 7-Zip disini: 7-zip.org.

Sila download versi yang paling stabil dan bersesuaian dengan komputer dan sistem operasi (OS) anda. Kalau pakai Windows 10 64-bit, maka download installer .exe untuk 64-bit.

Pada ketika tutorial ini ditulis, versi yang paling stabil adalah 7-Zip 16.04.

Cara install 7-Zip ni mudah saja. Double click pada installer, dan klik install.

7zip

7zip

 

Dah siap!

Kalau nak buka fail yang telah di-download, boleh right click pada fail ZIP yang dikehendaki dan kemudian pilih menu 7-Zip.

 

7zip

Daripada menu 7-Zip ini, ada keluar lebih banyak pilihan lagi yang anda boleh lakukan; antaranya anda boleh pilih Extract Here atau  Extract To.

Sekian sahaja tutorial ringkas daripada Pisyek. Kalau ada persoalan berkaitan boleh tanya diruang komen.

Comments are closed.