Brother 2340CV – Teknik Matikan Jahitan dan Keluarkan Kain

Penggunaan mesin coverstitch dalam jahitan tshirt adalah satu kemestian jika anda inginkan kemasan professional. Mesin Coverstitch ini agak unik dari segi cara untuk kendalikan mesin ini. Ianya sedikit sukar dan banyak langkah yang perlu difahami tidaklah seperti mesin jahit lurus dan mesin jahit tepi.

 

Teknik untuk mematikan jahitan untuk mesin ini jugak tidak sama seperti mesin jahit lurus memandangkan mesin ini tiada fungsi undur (reverse stitch). Jadi teknik overlap stitch digunapakai. Tetapi setelah jahitan dimatikan, kain tidak boleh ditarik keluar begitu sahaja. Ada teknik yang perlu diikuti untuk memastikan jahitan anda tidak mudah terbuka. Kesemua benang jahitan mestilah berada di sebelah bawah kain apabila anda keluarkan dari tapak mesin.

 

 

Comments are closed.