Cara Jahit Ruffle/Kedut Menggunakan Mesin Jahit Lurus

Ada beberapa cara yang boleh digunakan untuk membuat kedut (gathering). Salah satu daripada adalah menggunakan mesin jahit lurus dengan basting stitch. Cara ini antara yang sering digunakan selain daripada menggunakan mesin jahit tepi.

 

Kiri – 2 basting stitch

Kanan – 1 basting stitch

 

 

Brother 2340CV – Teknik Matikan Jahitan dan Keluarkan Kain

Penggunaan mesin coverstitch dalam jahitan tshirt adalah satu kemestian jika anda inginkan kemasan professional. Mesin Coverstitch ini agak unik dari segi cara untuk kendalikan mesin ini. Ianya sedikit sukar dan banyak langkah yang perlu difahami tidaklah seperti mesin jahit lurus dan mesin jahit tepi.

 

Teknik untuk mematikan jahitan untuk mesin ini jugak tidak sama seperti mesin jahit lurus memandangkan mesin ini tiada fungsi undur (reverse stitch). Jadi teknik overlap stitch digunapakai. Tetapi setelah jahitan dimatikan, kain tidak boleh ditarik keluar begitu sahaja. Ada teknik yang perlu diikuti untuk memastikan jahitan anda tidak mudah terbuka. Kesemua benang jahitan mestilah berada di sebelah bawah kain apabila anda keluarkan dari tapak mesin.

 

 

Cara Buka Fail Zip dengan 7-Zip

Salam sejahtera kepada semua pelawat HaurraSewing.com. Untuk post kali ini, Pisyek akan tunjukkan cara-cara untuk buka fail ZIP menggunakan 7-Zip kerana hampir kesemua produk digital di kedai Haurra Sewing adalah dalam fail ZIP.

Mungkin ramai yang bertanya kenapa produk-produk digital seperti pola dan tutorial jahit diletakkan dalam fail ZIP. Ini adalah untuk memudahkan para pembeli untuk download produk digital dalam satu fail yang lebih kecil saiznya. Jadi masa untuk download pun dapat disingkatkan.

Untuk cara-cara buka fail ZIP, boleh rujuk di bawah. More