Sewing Pants with Slit Hem

This tutorial is written in English and Bahasa Melayu. Please refer to the italicized text for English and regular text for Bahasa Melayu.
Tutorial ini ditulis dalam dwibahasa. Lihat teks italic bagi tutorial dalam Bahasa Inggeris, dan teks biasa bagi tutorial dalam Bahasa Melayu.

The pattern used for this tutorial is Zinnia Pants, Flare cut. You can check the pattern here.

Pola yang digunakan untuk tutorial ini adalah Zinnia Pants Potongan Flare. Anda boleh beli pola di sini.

 

Draw Slit to the Pattern

Draw the line for slit at the side seam as shown. I made 1.5 inches slit. You can adjust the length based on your preference. Then repeat the steps with the back pants.

Lukis garisan untuk belahan sisi di sisi seluar seperti yang ditunjukkan. Untuk seluar ni, saya buat belahan 1.5 inci. Anda boleh panjangkan belahan mengikut citarasa. Kemudian ulang langkah sama untuk seluar belakang.

Sewing the Slit

1. Sew the front and back pockets as shown in the tutorial (refer to the Zinnia Pants Sewing Instructions file). Sew the crotch together.

Jahit poket hadapan dan belakang seperti yang ditunjukkan dalam tutorial (rujuk fail Zinnia Pants Sewing Instructions). Jahit cantum cawat.

 

2. Finish the side seam raw edge with serger separately. Then align the front and back side seam right side together and sew. Stop sewing just before the slit as shown.

Jahit tepi sisi seluar hadapan dan belakang secara berasingan. Kemudian temukan sisi seluar hadapan dan belakang cantik bertemu cantik dan jahit. Berhenti jahit sebelum belahan sisi seperti yang ditunjukkan.

More

Cara Jahit Cover Mesin Jahit

Dalam tutorial ini, saya gunakan pola Portable Sewing Machine Cover yang boleh didapati di sini. Tutorial ini juga boleh digunakan untuk menjahit cover alatan yang lain seperti thermomix (dapatkan pola percuma di sini), cover mesin jahit tepi, slow juicer, mesin coverstitch dan sebagainya.

Sebelum anda print pola, pastikan anda ukur dahulu mesin jahit atau peralatan dapur yang anda ingin jahit covernya supaya cover yang dijahit adalah saiz yang betul. Rujuk ukuran pada kepingan pola. Sekiranya ukuran mesin jahit atau peralatan dapur anda sedikit berbeza misalnya berbeza ketinggian atau lebar, anda boleh mengurangkan atau menambahkan perbezaan ukuran tersebut.

 

Material yang diperlukan

  1. Fabrik – anda boleh gunakan apa-apa sahaja kain yang dirasakan sesuai seperti cotton woven, cotton canvas, vinyl, PU leather etc.
  2. Batting – lebih mudah jika anda menggunakan batting bergam (fusible batting). memudahkan proses quilting. Jika tiada batting bergam, boleh juga gunakan batting biasa bersama spray adhesive untuk fabrik atau gunakan safety pin sahaja.
  3. Bias tape – anda boleh menggunakan bias tape readymade atau buat sendiri bias tape menggunakan fabrik yang sama atau kontra. Ukuran lebar bias tape adalah 2inci.
  4. Piping (Optional) – untuk bentuk cover yang lebih cantik dan sturdy, anda boleh menjahit piping di keliling side panel. Jika anda menggunakan fabrik yang sturdy bersama piping, anda tidak perlukan batting.

Download pola thermomix cover secara PERCUMA di SINI

Dapatkan pola cover appliances yang lain di SINI

More

Rosaleen Dress with Back Button (Woven Fabric)

The Rosaleen Dress can be sewn with woven fabric too. But you just need to do a little hack to the back bodice; either add invisible zipper or button. For this tutorial, I will show you how to add button to the back bodice.

First, you need to cut the front bodice (main and lining) and sleeves. Then for the back bodice, instead of cutting the fabric on fold, you need to cut it mirror image and add 1inch allowance as shown below. Cut the skirt piece by adding 2 inches to the width measurement.

More

Cara Jahit Ruffle/Kedut Menggunakan Mesin Jahit Lurus

Ada beberapa cara yang boleh digunakan untuk membuat kedut (gathering). Salah satu daripada adalah menggunakan mesin jahit lurus dengan basting stitch. Cara ini antara yang sering digunakan selain daripada menggunakan mesin jahit tepi.

 

Kiri – 2 basting stitch

Kanan – 1 basting stitch

 

 

Brother 2340CV – Teknik Matikan Jahitan dan Keluarkan Kain

Penggunaan mesin coverstitch dalam jahitan tshirt adalah satu kemestian jika anda inginkan kemasan professional. Mesin Coverstitch ini agak unik dari segi cara untuk kendalikan mesin ini. Ianya sedikit sukar dan banyak langkah yang perlu difahami tidaklah seperti mesin jahit lurus dan mesin jahit tepi.

 

Teknik untuk mematikan jahitan untuk mesin ini jugak tidak sama seperti mesin jahit lurus memandangkan mesin ini tiada fungsi undur (reverse stitch). Jadi teknik overlap stitch digunapakai. Tetapi setelah jahitan dimatikan, kain tidak boleh ditarik keluar begitu sahaja. Ada teknik yang perlu diikuti untuk memastikan jahitan anda tidak mudah terbuka. Kesemua benang jahitan mestilah berada di sebelah bawah kain apabila anda keluarkan dari tapak mesin.